Tuesday, November 29, 2011

Nissan Navara terima anugerah


Nissan Navara terima anugerah

Nissan Navara memenangi Anugerah Trak Terbaik tahun ini, pada Majlis Anugerah Live Life Drive Car of the Year 2011 dan 2012 yang disampaikan majalah Wheels Weekly.

Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Datuk Dr Ang Bon Beng berkata, Navara yang dilancarkan pada 2008, terkenal sebagai “ibu” kesemua trak pick-up dan menjadi
cabang jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia.

“Dengan mempunyai ciri-ciri utama di dalam kelasnya, Navara mencatatkan jualan di luar jangkaan dari tahun ke tahun dan menarik penganugerahan banyak anugerah dan pengiktirafan di seluruh dunia,” katanya.

“Kami yakin Navara akan terus meningkatkan agihan pasaran dalam segmen SUT,” katanya.

Anugerah Live Life Drive Car of the Year adalah inisiatif Wheels Weekly bagi mengiktiraf kenderaan terbaik di Malaysia. Setiap model dinilai dari segi keselamatan, keselesaan, keefisienan, praktikal, prestasi, reka bentuk dan tahap spesifikasi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: