Monday, November 28, 2011

Malam untuk bintang

RITCHIE tersenyum lebar melihat Taylor yang terkejut dengan kejayaannya malam itu.
RITCHIE tersenyum lebar melihat Taylor yang terkejut dengan kejayaannya malam itu.

Ia adalah malam kemuncak dalam industri muzik, dan nampaknya Anugerah Muzik Amerika adalah malam kemenangan untuk kaum hawa.

Taylor Swift, Nicki Minaj, Katy Perry, Beyonce dan Jennifer Lopez adalah antara artis wanita yang menggondol banyak anugerah dan meninggalkan artis lelaki pulang dengan tangan kosong.

Tapi, malam itu adalah untuk Taylor Swift yang berusia 21 tahun kerana menggondol bukan saja anugerah untuk kategori artis terbaik dan album country terbaik, tetapi juga membawa pulang anugerah terbesar - artis terbaik tahun ini.

Pakaian pilihannya, gaun emas berlabuci untuk malam itu juga tepat kerana asyik naik ke pentas. Tetapi, penyanyi itu kelihatan tidak bersedia dengan kejayaannya malam itu.


Taylor yang turut diraikan di Anugerah Muzik Country memang sangat gembira. Sahabatnya Selena Gomez memberi satu pelukan erat sebelum pemenang lain turut beratur untuk memeluknya.


Setiap kali Taylor Swift menerima anugerahnya, dia kelihatan terkejut.
Ketika menerima anugerah pertamanya malam itu, dia memberitahu hadirin, “Terima kasih banyak. Ya Tuhan! Ini memang menakjubkan.”

Dia mengucapkan terima kasih kepada band muziknya dan kru, juga kepada peminatnya kerana ‘memenuhi arena’ dan dia turut mengucapkan terima kasih kepada abangnya yang bersamanya di malam anugerah itu.

Ketika dia menerima anugerah Album Country, dia berucap dengan bersemangat, “Anda semua tak tahu betapa bermaknanya anugerah ini kepada saya. Saya berterima kasih, berterima kasih kepada anda kerana memberikan saya anugerah ini.”

Manakala, Minaj pula telah memberikan satu persembahan bertenaga bersama David Guetta ketika membuka acara malam itu yang diadakan di Teater Nokia dan memenangi anugerah Anugerah Album Kegemaran dalam kategori Rap/Hip Hop untuk albumnya ‘Pink Friday’. Dia juga memenangi Anugerah Artis Kegemaran dalam kategori yang sama.

Sambil tersenyum lebar, penyanyi rapi itu memberitahu hadirin, “Terlalu banyak cinta dalam dewan ini.”

Selain itu, Katy Perry, yang memakai gaun oleh Vivienne Westwood dan menayangkan bentuk tubuhnya yang cantik di karpet merah, diberi anugerah khas sebagai penghormatan kepada lima lagu dalam albumnya yang mendapat tempat pertama dalam carta.

Dia berterima kasih kepada peminatnya dan syarikat yang mengeluarkan albumnya. Dia turut menyebut siri persembahan ‘Teenage Dream’ yang akan berakhir tidak lama lagi. Penyanyi ‘The California Girls’ naik ke pentas dengan memakai gaun khas untuk persembahan berwarna merah jambu dan menerima anugerahnya daripada Heidi Klum.

Kedua-dua mereka berkucup seketika sebelum Katy memberi ucapannya.

Setelah selesai memberi persembahan yang agak menghairahkan, Jennifer Lopez naik ke pentas dengan gaun jarang yang dihiasi permata untuk menerima anugerahnya dalam kategori Artis Latin Kegemaran. Bercerita tentang masa silamnya, JLo berkata, “Ada masa di atas ada masa di bawah tetapi tetap ada antaranya mengujakan dan penuh emosi.”

“Saya bersyukur dengan apa yang ada,” katanya sebelum mengucapkan terima kasih kepada ‘keluarganya’ dan ‘anak-anaknya.’

Tidak semua pemenang dapat hadir di malam itu. Rihanna terpaksa memberi ucapan terima kasih melalui video kerana dia berada di London.

Penyanyi ‘We Found Love’ memenangi anugerah Lagu Soul dan R&B Kegemaran untuk albumnya ‘Loud’.

Penyanyi Britain, Adele turut memenangi anugerah untuk kategori Album Kegemaran, tetapi disebabkan baru menjalani pembedahan tekak, dia tidak dapat hadir. Begitu juga dengan Beyonce yang memberi ucapan terima kasihnya melalui mesej yang telah dirakam terlebih dahulu.

Walaupun nampak seperti artis wanita yang banyak menerima anugerah malam itu, ada juga artis lelaki yang turut menerima anugerah malam itu.

Penyanyi Bruno Mars menerima anugerah untuk Artis Lelaki Kegemaran dan memberi dedikasi anugerah itu kepada sahabatnya.

Katanya, “Kalau peminat semua tidak keberatan, saya mahu berkongsi anugerah ini bersama sahabat saya, Justin Bieber dan Pitbull.”

Kumpulan Maroon 5 juga diberi anugerah sebagai Kumpulan Lelaki Digemari, tidak hairan untuk lagu terkenal mereka ‘Moves Like Jagger’ di mana mereka persembahkan malam itu.

Penerima anugerah malam itu termasuk Lady Antebellum, Hot Chelle Rae dan Usher.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: