Tuesday, November 29, 2011

Kapal bawa belia tiba di Malaysia



KAPAL Fuji Maru yang membawa 350 belia ASEAN berlabuh di Terminal Pulau Indah, Pelabuhan Klang semalam.


PELABUHAN KLANG - Seramai 350 peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) ke-38 yang belayar dengan kapal Fuji Maru tiba di sini semalam.

SSEAYP adalah program pertukaran belia selama 53 hari bermula 26 Oktober lalu dan kapal itu telah berlepas dari Tokyo, Jepun dengan membawa belia dari 10 negara ASEAN dan Jepun.

Sebelum tiba di negara ini, kapal tersebut singgah di Filipina, Brunei dan Indonesia.

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Borhan Dolah berkata, seramai 29 belia dari Malaysia menyertai program tersebut yang bertujuan merapatkan persahabatan dengan peserta belia dari negara lain.

"Sepanjang berada di Malaysia, peserta akan dibawa menyertai program inap desa dan dibawa melawat kilang kereta Proton, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan juga ibu pejabat Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: