Monday, November 28, 2011

Gedung kamar tidur Getha




GETHA, sebuah jenama kelengkapan bilik tidur terkemuka tempatan buat julung-julung kalinya memperkenalkan konsep pusat terapi tidur baru-baru ini.

Berdiri kukuh di Jalan Universiti dengan berlatar belakang bandar raya Petaling Jaya, Selangor, gedung utama dua tingkat berukuran 557 meter persegi (6,000 kaki persegi) itu merupakan pusat terapi tidur terbesar Getha antara sembilan cawangan yang lain.

Direka dengan menitikberatkan aspek gaya dan fungsi yang mampu merehatkan fikiran, gedung kelengkapan bilik tidur ini pasti akan menenangkan minda para pelanggan.

Ketua Pengarah Eksekutifnya, Vincent K.L Tan berkata, Getha merupakan jenama tempatan yang telah menembusi pasaran antarabangsa.

"Kami sentiasa memastikan jenama ini memberikan 'pengalaman tidur' terbaik buat para pelanggan kami. Idea di sebalik kewujudan gedung ini disebabkan peningkatan permintaan daripada pelanggan yang menginginkan produk terbaik buat keperluan kelengkapan tidur mereka," katanya.

Menyedari hakikat itu, beliau berkata, konsep gedung tersebut akan menghidupkan suasana tenang dan memberi ruang privasi bilik tidur seperti mana yang pelanggan inginkan.


PEMILIHAN tilam yang betul penting untuk menyokong tulang belakang semasa tidur.


"Malah, kami juga mempunyai pakar perunding yang berpengalaman untuk memberi khidmat nasihat kepada para pelanggan mengenai kepentingan menggunakan getah berkualiti bagi tilam mereka selain membantu pelanggan dalam mencari tilam baharu dengan saiz, gaya serta keutuhan yang sesuai," jelasnya.

Gedung utama tersebut menampilkan semua rangkaian tilam Getha seperti Dream Kingdom, siri Transform 360, siri ECO Kingdom, siri Togetha, siri Inner Green dan siri Bab selain pelbagai aksesori tidur di bawah satu bumbung.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.getha.com.my. untuk mendapat maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: