Tuesday, November 29, 2011

Debat lepasi rekod tahun 2006



ANA (kiri) memperkatakan sesuatu kepada tiga peserta debat, (dari kanan) Ku Nur Atifah Ku Mhd., Adeline Marcia dan Alia Aisya Mohammad Shahran pada Debat Bahasa Melayu Tanpa Henti 211 Jam di UiTM Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Program Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti di Anjung Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini telah melepasi tempoh 109 jam sehingga pukul 10 malam tadi.

Ia mengatasi rekod selama 100 jam, 10 minit dan 44 saat yang dicatat oleh pelajar UiTM dalam Malaysia Book of Records (MBOR) melalui Program Debat Bahasa Melayu 100 Jam Tanpa Henti pada tahun 2006.

Sehingga hari kelima semalam, sebanyak 109 usul merangkumi pelbagai isu sudah dikemukakan yang melibatkan kira-kira 872 pepelajar dari institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Antara isu yang telah dibahaskan bertajuk Bangunan Bersejarah Perlu Dikekalkan, Perlembagaan Kita Masih Dijunjung, Pendidikan dan Perpaduan Seiring Tidak Sehaluan serta Penggunaan Bahasa Melayu Lebih Penting Daripada Bahasa Inggeris.

Debat ala perbahasan di Parlimen kali ini bertemakan Transformasi dan Perpaduan Bangsa dengan setiap sesi perdebatan berlangsung kira-kira sejam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: