Monday, November 28, 2011

CAT lepasi sasaran keahlian


WAN HUSBI (kiri) diiringi Kok Liang (dua dari kiri) bersalaman dengan peserta Kem Interaktif kepimpinan CAT 2011 di Tuaran, Sabah semalam.


TUARAN – Inisiatif penubuhan Pasukan Pencegahan Jenayah (CAT) dalam usaha melibatkan belia dalam pencegahan jenayah telah menunjukkan prestasi membanggakan apabila melepasi sasaran keahlian yang ditetapkan.

Pengarah Institut Pembangunan Penyelidikan Belia Negara (IPPBN), Zakariah Mad Sam berkata, sehingga November tahun ini, sebanyak 8,135 ahli CAT didaftarkan berbanding sasaran sebanyak 6,660 orang pada tahun ini.

“Ia menunjukkan sambutan menggalakkan di mana pada 2010 hanya seramai 2,226 orang telah didaftarkan melibatkan 149 pasukan di empat negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

“Pada masa ini, sebanyak 638 pasukan telah ditubuhkan di seluruh negara dengan sebanyak 2,118 aktiviti telah dijalankan berbanding sasaran 1,500 aktiviti,” katanya selepas Majlis Penutup Kem Interaktif Kepimpinan CAT 2011 Zon Sabah di Pusat Peranginan Mimpian Jadi di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: