Monday, November 28, 2011

Batman mahu bersara




LOS ANGELES 27 Nov. – Pelakon Christian Bale (gambar) menyatakan bahawa dia akan ‘bersara’ daripada memegang watak superhero Batman.

“Saya tidak akan menyarung lagi kostum Batman dan era saya bersama superhero pujaan ramai itu bakal berakhir.

“Saya percaya seluruh produksi turut berakhir dan telah melakukan kerja yang terbaik,” katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem sorotan terbaru Batman, The Dark Knight Rises.

Era kegemilangan pelakon tersebut dalam filem Batman di bawah arahan pengarah Christopher Nolan bermula pada 2005.

Pelakon Adam West, Michael Keaton, Val Kilmer dan George Clooney adalah antara muka-muka yang pernah membintangi filem Batman.

Pelakon berusia 37 tahun tersebut menyatakan bahawa watak sebagai Batman lebih mudah diingati berbanding watak Catwoman yang dipegang oleh pelakon Anne Hathaway.

The Dark Knight Rises bakal memasuki pawagam pada 20 Julai tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: