Tuesday, November 29, 2011

Banjir Kelantan semakin pulih



SEORANG penduduk terpaksa memegang tali bagi mengelaknya dihanyut air deras di Kampung Derdap, Pengkalan Kubor semalam.


KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin reda apabila jumlah mangsa pemindahan banjir di negeri ini terus menurun kepada 1,247 orang membabitkan 347 keluarga malam tadi berbanding 1,327 orang pada sebelah petang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri berkata, sehingga malam tadi enam buah pusat pemindahan di Pasir Mas dan Tumpat masih beroperasi.

"Cuaca di Kelantan semakin baik apabila dilaporkan cerah di beberapa kawasan. Mangsa banjir pulang secara berperingkat sementara menunggu air yang menenggelami kawasan kediaman mereka surut sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang juga menurun kepada 10 meter, namun masih melebihi paras bahaya sembilan meter.

Jurucakap itu berkata, sehingga malam ini lima laluan di Pasir Mas dan Tumpat masih ditutup kepada kenderaan ringan.

"Di Pasir Mas, empat laluan ditutup iaitu Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di Kilometer 10; Jalan Banggol Kulim Lokasi 2, Kilometer 1; Jalan Pengkalan Rakit, Kilometer 3 dan Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram Kilometer 3.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: