Tuesday, November 29, 2011

Baka anak rusa guna kaedah tabung uji



ANAK rusa Eld yang dibiak menerusi kaedah tabung uji di Zoo Terbuka Khao Kheow, Thailand semalam.-Reuters


BANGKOK - Sekumpulan pakar veterinar daripada Pertubuhan Taman Zoologi Thailand mengumumkan kejayaan membiakkan anak rusa spesies Eld menerusi kaedah tabung uji.

Menurut mereka, ia merupakan anak rusa Eld pertama yang lahir ke dunia menggunakan kaedah berkenaan.

Spesies rusa Eld diisytiharkan pupus di rimba seluruh dunia dengan cuma 38 ekor mamalia itu berada di pusat-pusat pemuliharaan di seluruh dunia.

Anak rusa tabung uji itu dilahirkan di Zoo Terbuka Khao Kheow, wilayah Chonburi pada 17 Oktober lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: