Monday, October 31, 2011

Jakim jadikan Karnival BEST acara tahunan




PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjadikan Karnival Buat Elok Saja Tau (BEST) sebagai aktiviti tahunan selepas mendapat reaksi positif daripada pengunjung sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung.

Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Insan Jakim, Razali Shahabudin berkata, penganjuran karnival tersebut berjaya mencapai objektifnya untuk mendidik masyarakat mengenai garis panduan berhibur mengikut syariat Islam.

Menurutnya, Jakim bernasib baik kerana mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat menjayakan karnival yang bermula pada Jumaat lalu dan berakhir semalam.

“Memandangkan penganjuran karnival ini julung-julung kali diadakan Jakim, tidak dinafikan wujud kekangan yang tidak dapat dielakkan tetapi kami bernasib baik kerana orang ramai tetap memberi sokongan dengan berpusu-pusu datang ke tapak karnival.

“Jika tiada halangan, kami akan menjalinkan kerjasama dengan jabatan agama di setiap negeri kerana kami akanmenjayakan karnival ini di seluruh negara dan tidak hanya tertumpu di sini sahaja,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: