Sunday, October 30, 2011

Demi Moore Serang Paparazzi

Demi Moore.

HOLLYWOOD: Aktres terkenal, Demi Moore dilaporkan menyerang sekumpulan paparazzi dan merampas kamera salah seorang jurugambar yang mengikutinya.

Demi ketika itu dikatakan baru sahaja keluar daripada sebuah salon dan mula berang apabila sekumpulan paparazzi mengekorinya.

"Demi benar-benar hilang kawalan, saya sedang berdiri di sisinya dan vuba mengambil gambar dan pada ketika itu dia merampas kamera milik saya," kata salah seorang jurugambar menurut laporan x17online.com.

Ramai pihak percaya kegagalan Demi mengawal emosinya terhadap jurugamba tersebut kerana masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: