Thursday, September 29, 2011

Penoreh getah dibunuh kejam


ANGGOTA polis berkawal di tempat Ramasandram dan Bakiam mati dibunuh di sebuah ladang getah di Hulu Yam, Selangor semalam.


HULU YAM – Sepasang suami isteri yang hanya mahu menghabiskan sisa hidup mereka dengan menoreh getah menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila kepala kedua-duanya ditetak sampai mati di kebun getah Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di sini semalam.

Mayat L. Ramasandram, 57, dan isterinya A. Bakiam, 51, ditemui pada pukul 5.40 pagi dalam keadaan terlentang atas tanah oleh orang awam. Sebelum kejadian, pasangan tersebut dikatakan dalam perjalanan untuk menoreh getah di kebun mereka dengan menaiki sebuah motosikal.

Kosmo! difahamkan, kawasan tersebut merupakan salah satu sarang penagih dadah di Hulu Yam dan kemungkinan mangsa cuba disamun oleh mereka.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, siasatan mendapati terdapat kesan tetakan di kepala kedua-dua mangsa.

“Pihak polis turut menjumpai sebuah motosikal jenis Honda EX5 milik mangsa di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui semalam.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: