Thursday, September 29, 2011

Gambar anak Gaddafi intim dengan isteri


HANNIBAL GADDAFI bergambar bersama isterinya di atas sebuah bot yang diperoleh dari komputer peribadi miliknya oleh bekas pemberontak Libya.


TRIPOLI - Gambar-gambar yang diperoleh agensi berita Associated French Press (AFP) mendedahkan bahawa anak lelaki Muammar Gaddafi, Hannibal dan isterinya hidup penuh mewah dan gemar berfoya-foya semasa pemerintahan bapanya.

Dalam puluhan gambar itu yang ditemui dalam sebuah komputer riba milik Hannibal, 36, dia dan isterinya, Aline Skaff yang berasal dari Lebanon dan model pakaian dalam dilihat berparti di beberapa ibu kota Eropah, di dalam sebuah jet peribadi dan di atas sebuah bot mewah di perairan Mesir.

Gambar-gambar berkenaan diserahkan kepada AFP oleh beberapa bekas pemberontak Libya.

Hannibal dan isterinya pernah mendapat liputan meluas kerana mencetuskan ketegangan diplomatik dengan Switzerland apabila pasangan itu ditangkap di sebuah hotel mewah di Geneva pada 2009 kerana didakwa menyerang dua bekas pembantu mereka.

Selepas kejatuhan Tripoli pada bulan lalu, seorang pengasuh warga Habsyah turut mendakwa, dia dipukul dengan teruk dan mengalami kesan melecur yang serius semasa bekerja untuk pasangan tersebut.

Gambar-gambar lain menunjukkan mereka menginap di bilik-bilik hotel mewah, meluncur udara, menyelam skuba dan melawat zoo Tripoli.

Skaff, 31, pula kerap beraksi ghairah di atas katil dan di tepi pantai manakala beberapa gambar turut menunjukkan pasangan itu dikelilingi botol arak walaupun alkohol diharamkan di Libya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: