Sunday, August 28, 2011

Sabar Jailani demi Raja Azmi




BIASANYa kes-kes khalwat membabitkan kecurangan isteri dan suami orang, maka mudahlah runtuh institusi keluarga itu sendiri. Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja.

Cuma yang membezakan, sama ada individu itu sedar atau tidak dengan apa yang mereka lakukan.

Apa pun, Joyah nak puji sikap suami Raja Azmi, Jailani Sidek yang tenang dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Pada Joyah, kalau orang lain, bila isteri dituduh curang dan ditangkap khalwat pula tu, sebagai suami tentu mereka akan melenting dan mungkin juga bertindak di luar kawalan. Jalan biasa yang dipilih, bercerai sajalah.

Tapi Jailani tidak. Dia cukup penyabar dan sangat tenang sifatnya walaupun bermacam dugaan datang dalam rumah tangga yang dibina bersama isteri selama 28 tahun.

Malah, Joyah dengar, Jailani juga mengaku yang dia tidak punya apa-apa hubungan dengan seorang wanita popular yang dikatakan cuba merosakkan rumah tangganya dan Raja Azmi.

"Saya tak ada hubungan langsung dengan wanita itu. Saya perlu jelaskan hal ini bagi membersihkan nama isteri, Roslin dan keluarga kami.

"Saya sayangkan keluarga saya," kata Jailani yang mesra dipanggil Jack.

Bila dengar kenyataan begini, sejuk hati Joyah. Bertuah betul Raja Azmi bersuamikan lelaki seperti Jailani. Doa Joyah, biarlah mereka bahagia buat selamanya dan tukang ganggu rumah tangga orang itu akan insaf dan kembali ke pangkal jalan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: