Friday, August 26, 2011

Juliana Evans akui sukar berlakon dengan Zizan

Rapat dengan pelawak popular, Zizan Abdul Razak, Juliana Evans bagaimanapun sudah berkali-kali menafikan tentang hubungan mereka yang dikatakan bercinta.
Mengakui hubungan yang terjalin itu sangat rapat sehinggakan, ia bagaimanapun tidak membibitkan rasa cinta dalam hati mereka berdua.
Bakal muncul dalam filem terbaru arahan Ahmad Idham, Hantu Bonceng pada hari raya pertama nanti, Juliana buat kali pertama akan bergandingan dengan Zizan.
Bercerita tentang pengalaman berlakon bersama pelakon KL Gangster itu, jelas Juliana itu merupakan satu perkara yang sangat sukar, kerana Zizan tidak berhenti daripada membuat lawak sepanjang penggambaran dijalankan.
"Zizan jenis yang tidak boleh berhenti diam, jadi susah nak berlakon dengannya. Setiap saat ada sahaja lawak yang dibuat sehinggakan saya terpaksa beri amaran padanya supaya berhenti dari melawak selama 10 minit.
"Namun, dalam 10 minit itu, hanya 6 minit sahaja yang dia boleh tahan, kemudiannya dia akan kembali dengan perangai lamanya.
"Tapi secara peribadinya, bekerja dengan Zizan sangat menyeronokkan. Dia bukan sahaja pelakon yang baik, tetapi dia juga tidak kedekut bila ada idea dalam lakonan. Sepanjang kami berlakon, langsung tiada tekanan, dan perangainya biarpun sukar dikawal tetap buat kami dilokasi sentiasa gembira,"jelas Juliana Evans.
Watak hantu
Dalam filem ini, buat kali pertama Juliana melakonkan watak hantu. Merasa agak menjengkelkan apabila terpaksa memakai solekan hantu itu, jelas Juliana dia agak rimas berada dalam keadaan itu.
"Secara keluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan lakonan kali ini, namun saya tidak berapa suka menggayakan watak hantu.
"Saya terpaksa pakai kanta lekap, dan solekan yang tebal untuk menjadikan wajah saya seperti hantu, itu yang buat saya rasa sedikit menjengkelkan,"jelas Juliana lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: