Sunday, August 28, 2011

Bunohan tunjuk taring!

FAIZAL HUSSEIN bersama tiga hero lain berjaya menghidupkan Bunohan yang akan ke Toronto, Kanada pada September ini.


DIVA mahu kongsi kegembiraan dengan semua peminat seni filem tanah air dengan pencapaian awal filem Bunohan.

Sebenarnya awal-awal lagi Diva dapat tahu bahawa filem itu terpilih untuk tayangan perdana peringkat antarabangsa di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36 (TIFF).

Bukan tayangan sahaja, sebaliknya, semua filem arahan Dain Said itu dipilih sendiri oleh pihak festival itu untuk ditayangkan di bahagian Discovery, ala-ala filem daripada pembikin filem yang meningkat naik dari seluruh dunia gitu.

Setahu Diva, bukan calang-calang nak masuk festival di Toronto itu. Festival 11 hari bermula 8 September ini bukan seperti Festival Filem Asia Pasifik. Ia festival paling berprestij di Amerika Utara. Bila sebut Amerika, kira hebatlah ya, semua orang nak masuk Amerika.

Bukan ke Toronto sahaja, filem Dain ini benar-benar dah balas dendam sebab filem pertamanya Dukun yang tidak ditayangkan di Malaysia sebab tayangan di Britain, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand sudah ada dalam tangan.

Taraf lima bintanglah Dain dan pelakon-pelakonnya lepas ni! Agak-agak boleh lawan rekod RM12 juta KL Gangster tak?

Diva: Tak sabar nak tengok program-program raya yang disusun oleh stesen televisyen.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: