Wednesday, June 29, 2011

Shah Jazle taruh hati pada Neelofa?

shahz dan Neelofa

Mereka pernah digosipkan bersama, malah lebih teruk lagi, Neelofa ini juga pernah digosipkan menjadi punca keretakkan hubungan diantara Shahz Jaszle bersama kekasihnya, Maria Farida ketika itu.

Mula bertemu ketika bergandingan dalam filem, Azura 2011 hubungan mereka bertambah akrab sehinggakan ada yang menyangka mereka sudah berkasihan, malahan, kebelakangan ini juga banyak mata-mata peminat yang melihat keakraban mereka yang dikhabarkan sering keluar bersama.

Turut sama berlakon dalam drama bersiri, Tahajjud Cinta, menurut Shahz, dia masih belum bersedia untuk bercerita secara terbuka hubungan antara dia dan Neelofa. Mengakui Neelofa antara wanita yang paling rapat dalam dirinya, jelas Shahz juga dia menganggap Neelofa sebagai anak muridnya.

"Kami banyak bekerjasama bersama dan kebetulan pula sewaktu dia mula-mula melangkah masuk dalam dunia lakonan ini, dia banyak terkait dengan masalah saya, jadi saya banyak mengajar dia bagaimana mahu bertahan dalam dunia ini.

"Secara jujurnya saya masih belum berani untuk bercerita sama ada kami bercinta ataupun tidak, kerana ia terlalu awal. Kami masih belum ada apa-apa ikatan dan setakat ini kami hanya berkawan baik sahaja.

"Tapi secara peribadi pula, saya sudah bersedia untuk berumah tangga sekarang, walaupun pada usia ini saya sudah mula terfikir untuk berumah tangga kerana saya memang mahukan anak secepat yang mungkin.

"Namun untuk mencari isteri itu bukanlah satu tugas yang mudah, jadi tidak berjaya bertemu dengan sesiapa, mungkin saya perlu bantuan ibu tak lama lagi,"jelas Shahz.

Bekerjasama dengan Eirma Fatima dalam Tahajjud Cinta, jelas Shahz ini kali ketiga dia bekerja dibawah arahan Eirma.

"Saya sangat bertuah kerana diberi peluang untuk berlakon dalam drama ini kerana ia membariskan nama-nama yang hebat.

"Walaupun watak yang saya bawakan ini tidaklah terlalu besar, namun ia merupakan satu penghargaan buat diri saya.

"Sepanjang berlakon bersama mereka, memang langsung tiada masalah dan saya gembira sepanjang dilokasi penggambaran,"luahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: