Wednesday, June 29, 2011

Office-in-a-Box Man Utd edisi terhad kini kembali

Telekom Malaysia Berhad (TM) memperkenalkan semula set eksklusif Office-in-a-Box (OIAB) Manchester United (MU) untuk peminat MU dalam kalangan pengendali SOHO (Small Office Home Office) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pakej OIAB ini, menawarkan nilai dengan kadar panggilan menarik, akses tanpa had ke Business Broadband :dan perkhidmatan nilai tambah, seperti modem dan telefon tanpa wayar percuma.

Naib Presiden Eksekutif PKS TM, Azizi A Hadi berkata, set edisi terhad didatangkan dalam rekaan eksklusif berinspirasikan MU dengan menampilkan imej pemain MU khusus untuk pelanggan dalam talian pakej Business Broadband 1Mbps.

“Pakej edisi terhad MU OIAB itu, adalah kaedah di mana TM memberi semula kepada pelanggan setianya termasuk peminat setia MU. Ia adalah set istimewa atau collector’s item yang tidak harus dilepaskan peminat MU,” katanya.

Menerusi set MU OIAB TM edisi terhad, pelanggan mendapat modem tanpa wayar dengan jaminan sepanjang hayat percuma, nilai panggilan RM88 pada kadar biasa, telefon tanpa wayar percuma.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: