Wednesday, June 29, 2011

Neelofa Nafi Ada Masalah Dengan Fazura

Neelofa semakin matang

Banyak cerita tersebar tentang kerenggangan hubungan antara dua pelakon jelita, Fazura dan Neelofa biarpun mereka kini sedang berkerjasama dalam sebuah drama bercorak ketuhanan, Tahujjud Cinta.

Ada yang mengatakan hubungan mereka tidak berapa baik selepas Neelofa dikaitkan dengan sedang bermain cinta dengan seorang kerabat raja yang mana kerabat raja itu juga pernah dikaitkan bercinta bersama Fazura.

Bertemu Neelofa di majlis pelancaran drama Tahajjud Cinta di Sri Pentas semalam, dia menafikan ada persengketaan antara dia dan Fazura sekarang ini.

"Setakat ini saya tidak ada sebarang babak bersama dengannya, jadi saya rasakan tidak ada sebarang masalah antara kami.

"Saya tidak pernah mengganggu sebarang hubungan sesiapa dan setakat ini apa yang dilaporkan itu kebanyakkannya tidak benar,"jelasnya yang menafikan pernah dihalau daripada sebuah hotel kerana dikatakan cuba mengganggu seorang kerabat baru-baru ini.

Menerima populariti secara mendadak, Neelofa tidak menafikan namanya sering terkena tempias buruk dan sering terpalit dengan kontroversi, namun, dia tidak pernah berputus asa untuk terus berada dalam industri ini.

"Sudah tentu saya tidak pernah gembira bila membaca macam-macam cerita mengenai perkara-perkara sebegini, dan masa awal-awal dahulu saya memang hampir berputus asa, tapi, bila fikirkan semula, saya memang tiada kuasa untuk menghalang semua ini berlaku.

"Tawaran lakonan semakin banyak datang membuatkan saya berfikir positif tentang perkara ini, kini saya langsung tidak pernah rasa mahu tinggalkan dunia ini dan tidak mahu ambil kisah jika ada sesiapa yang dengkikan kerjaya sekarang,"jelas Neelofa tegas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: