Wednesday, June 29, 2011

Kini nombor satu

pix_middle

DAVID De Gea secara rasminya menjadi pe�nyarung jersi nombor 1 Manchester United yang baru selepas melengkapkan proses perpindahannya yang bernilai �18.3 juta (RM88.9 juta) semalam.

United bersetuju dengan tawaran Atletico Madrid bulan lalu tetapi pegawai kelab itu masih cuba untuk menyeludup penjaga gol Sepanyol itu untuk pemeriksaan perubatan kelmarin.

Urusan rasmi ditangguhkan sehingga selepas De Gea beraksi dalam final Kejuaraan Bawah-21 Eropah, Sabtu lalu di mana dia membantu Sepanyol menewaskan Switzerland 2-0.

Bagaimanapun, De Gea, 20, akhirnya dapat menandatangani kontrak selama lima tahun semalam selepas pegawai perubatan di sebuah hospital persendirian berhampiran pusat latihan United di Carrington, meluluskan ujian perubatannya.


Pengurus kelab, Alex Ferguson menghabiskan masa hampir setahun mencari penjaga gol yang sesuai bagi menggantikan Edwin van der Sar, 40, yang bersara bulan lalu.


“Kami mengenalpasti dia pemain yang sepatutnya dicari tidak berapa lama dahulu. Dia penjaga gol yang muda, amat pantas, mempunyai penampilan yang hebat dan pengganti sesuai untuk Edwin van der Sar,” katanya.

Tindakan United itu dianggap setengah pihak sebagai satu perjudian memandang�kan De Gea hanya menjadi pemain tetap kesebelasan utama buat Atletico selama 18 bulan.

Tetapi bagi pengurus yang juga saingannya di Liga Perdana, Roberto Martinez mengakui Ferguson mendapat pemain yang bagus dan beliau lebih tahu kerana dia cuba mendapatkan pemain itu untuk Wigan dua tahun lalu.

Martinez mengakui pihaknya dan David menandatangani tawaran untuk mendapatkannya secara pinjaman tetapi semuanya gagal pada hari terakhir musim perpindahan.

“Atletico mahu dia terus bersama pasukan itu dan tindakan itu terbukti tepat. Tidak lama selepas itu, dua penjaga gol senior cedera dan dia mendapat peluang, dengan pantasnya dia menjadi wira,” katanya.

Tanda harga �18 juta (RM87.4 juta) itu mengejut�kan banyak pihak memandang�kan De Gea baru berusia 20 tahun tetapi Martinez tidak menolak andaian dia berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.

“Kami mengikutinya sejak begitu lama dan kami sedar betapa bagusnya pemain itu. Dia kini semakin matang pada usia muda dan harga yang ditawarkan kepada United adalah setimpal,” katanya.

Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina mengakui rakan senegaranya itu bersedia untuk menggegarkan Liga Perdana Inggeris.

Perpindahan De Gea itu dikatakan mempunyai kaitan dengan kemungkinan Reina berpindah ke La Liga untuk bersama Atletico, kelab yang disertainya bapanya, Miguel selama tujuh tahun.

“Saya tahu Atletico kini mencari penjaga gol tetapi saya tidak akan menukar warna jersi,” kata penjaga gol Kop itu yang menafikan spekulasi terbabit..

“Saya mempunyai kontrak lima tahun bersama Liverpool dan cukup gembira. David penjaga gol yang hebat dan dia akan membuktikannya,” katanya.

Kontrak De Gea itu membawa jumlah perbelanjaan United ketika ini melangkaui paras �50 juta (RM243.2 juta) selepas berbelanja besar untuk mendapatkan Ashley Young pada harga �20 juta (RM97.3 juta) dari Aston Villa dan �16 juta (RM77.8 juta) untuk pemain Blackburn, Phil Jones.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: