Wednesday, June 29, 2011

Iwan tukar angin

Penyanyi dan bekas komposer lagu-lagu dangdut, Iwan sudah berubah penampilan apabila mula mendekatkan diri dengan agama.

Imejnya juga sudah berbeza dari dulu apabila memilih bersarban sebagai imej harian. Semua orang beranggapan Iwan sudah mahu menjauhkan diri daripada muzik.

Nyata, jiwa seninya masih ada dan Iwan menggunakan kelebihannya mencipta lagu dengan menghasilkan lagu-lagu berkonsep ketuhanan. Dia baru muncul dengan album baru berjudul Segalanya Allah.

Iwan juga menggunakan nama baru, Iwan Syahman (nama sebenarnya Wan Syahman) apabila muncul dengan album baru tersebut.

Pelancaran album tersebut diadakan di Restoran Andalusia, Kuala Lumpur hari ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: