Wednesday, June 29, 2011

Geng Yusuff Kerinting dicekup


Manoharan (kiri) melihat sebahagian daripada 10 buah kenderaan curi yang dirampas daripada lima anggota Geng Yusuff Kerinting di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, Terangganu semalam.


MARANG - Polis merampas 10 buah kenderaan curi bernilai RM800,000 ekoran penahanan lima lelaki anggota sindiket curi kenderaan bergelar Geng Yusuff Kerinting dalam Ops Lejang Mewah di beberapa lokasi di negeri ini.

Yusuff Kerinting dari Kota Bharu, Kelantan dipercayai pengasas kepada kumpulan curi kenderaan itu tetapi lelaki itu telah meninggal dunia pada Disember lalu. Biarpun Yusuff telah tiada, kegiatan mencuri kenderaan oleh kumpulan itu masih berterusan.

Antara jenis kenderaan yang dirampas daripada lima anggota Yusuff Kerinting adalah membabitkan masing-masing sebuah kenderaan Toyota Camry, Toyota Caldina, Toyota Harrier dan Toyota Wish.

Turut dirampas ialah sebuah Mitsubishi Storm, Mitsubishi Triton, Perodua Viva dan dua buah Perodua Myvi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: