Wednesday, June 29, 2011

Everyday.com.my jadi pangkalan serantau Ticket Monster

Laman Everyday.com.my sebuah laman membeli-belah dalam talian terkemuka di Malaysia akan menjadi pangkalan serantau untuk pelan perkembangan perniagaan Ticket Monster di Asia Tenggara.

Pengarah Pembangunan Antara-bangsa Ticket Monster Kuala Lumpur, Frank Kang berkata, syarikat itu mengambil alih laman ini daripada syarikat induknya, Integrated Methods Sdn Bhd.

Menurutnya, ia mendapat soko-ngan kewangan syarikat kapitalis usaha sama yang berpusat di Amerika Syarikat, Insight Venture Partners, 5b Venture Capital dan Private Equity Fund.

“Dalam tempoh kurang setahun bermula Mei tahun lalu perniagaan ini mencatatkan pertumbuhan pendapa-tan luar biasa dan kini diiktiraf sebagai laman kumpulan membeli-belah terbesar di Asia Tenggara.

“Bagi rakan niaga tempatan, Everyday.com.my, mereka menikmati kejayaan serupa dengan peningkatan hasil 300 peratus setiap bulan dan pertumbuhan langganan pelanggan sebanyak 200 peratus,” katanya kepada Sinar Harian.

Frank berkata, penggunaan Internet kini semakin berkembang di Malaysia di mana 70 peratus daripada jumlah penduduk terhubung antara satu dengan yang lain. Penggunaan telefon bimbit juga mencecah 35 peratus dengan penggunaan tertinggi daripada orang dewasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: