Wednesday, June 29, 2011

32 pelajar UUM tuntut hak caj set bahasa


PARA pelajar UUM menunjukkan surat tuntutan terhadap Linguaphone Distributors Sdn. Bhd. pada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini gamat dengan kehadiran 32 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk membuat tuntutan terhadap sebuah syarikat pembelajaran bahasa terkemuka kerana didakwa melanggar perjanjian pembelian 32 set belajar bahasa Inggeris di bawah pakej pelajar.

Mereka yang terdiri daripada 30 pelajar wanita dan dua pelajar lelaki mendakwa terma perjanjian menyebut syarikat Linguaphone Distributors Sdn. Bhd. tidak akan mengenakan sebarang faedah sebagai caj denda lewat sekiranya pelajar gagal membuat bayaran ansuran RM110 pada setiap bulan dalam tempoh 19 bulan.

Namun begitu, mereka mendakwa dikenakan caj denda lewat dan dimaklumkan oleh kakitangan syarikat tersebut bahawa mereka boleh disenarai hitam jika gagal membuat bayaran dengan tetap setiap bulan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: