Monday, May 30, 2011

Salma Di Nobat Juara Mentor 5!

Salma & Erra bergelar juara mentor

Hampir empat minggu bertanding, akhirnya protoge kepada pelakon dan penyanyi Erra Fazira, Salma di nobatkan sebagai juara Mentor musim kelima di malam kemuncak Mentor 5 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, malam tadi.

Salma atau nama sebenarnya, Salmah binti A. Asis berjaya menewaskan dua lagi pencabarnya iaitu protoge kepada Datuk Sharifah Aini, Shiha dan protoge Edry Abdul Halim, Iqa apabila dia mendapat undian markah keseluruhan sebanyak 85 markah.

Salma yang merupakan anak kelahiran Tawau, Sabah ini melahirkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada Erra Fazira di atas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan, dan berharap kerjayanya akan terus berkembang selepas kejayaannya ini.

Walaupun begitu, ibu kepada Puteri Nurul Huda, 3 tahun ini masih belum memikirkan lagi soal wang kemenangan yang diperolehinya kerana terlalu awal untuk dirancang.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang membantu saya selama ini, begitu juga kepada Kak Erra. Setakat ini, masih terlalu awal untuk saya tentukan apa yang saya mahu lakukan dengan wang hadiah ini, tetapi satu sahaja niat saya, mahu membawa keluarga saya bercuti kerana selama ini saya tidak pernah membawa mereka pergi kemana-mana tempat percutian,"jelas Salma.

Salama mendendangkan tiga buah lagu iaitu Listen, Cinta dan Rindu (duet bersama Jaclyn Victor), dan single pertamanya, Aku Permata, dan dengan kejayaannya ini, Salma bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze sumbangan Chevrolet.

Pemenang tempat kedua, Nurshiha binti Mohd Zikir, protoge kepada Datuk Sharifah Aini turut menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi dan sebuah kereta Chevrolet Cruze sumbangan Chevrolet. Shiha menyanyikan lagu berjudul Kisah Hati, Ghazal Untuk Rabiah dan Balqis dan sebuah lagu baru iaitu, Bila Bertemu Mu.

Bercerita tentang kemenangannya ini, jelas Shiha dia berhasrat mahu membawa ibunya menunaikan Umrah selepas ini.

"Saya berterima kasih pada Umi (Sharifah Aini) kerana banyak membantu saya selama ini, berjaya ke peringkat final sudah cukup membuatkan saya bangga, terima kasih atas sokongan semua, dengan wang kemenangan ini saya akan membawa ibu saya ke Umrah, kerana ini impian saya selama ini,"luah Shiha.

Bagi Iqa pula, biarpun berada di tempat ketiga ia tidak melemahkan semangatnya untuk terus berada dalam industri seni ini, malah dengan bantuan Mentornya, Edry Abdul Halim, Iqa sememangnya dilihat bakal berjaya dalam industri ini. Iqa berjaya membawa pulang wang tunai berjumpa RM 10, 000 dan trofi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: