Friday, April 29, 2011

Quick Q jimatkan masa di kaunter


TJEERD JEGEN (dua dari kanan) bersama kakitangannya pada majlis pelancaran perkhidmatan Quick Q di Tesco Kepong, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Bagi memudahkan orang ramai membeli-belah di pasar raya khususnya ketika membuat pembayaran, Tesco (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) telah melancarkan inisiatif Quick Q bagi mengurangkan tempoh menunggu giliran di kaunter bayaran di kesemua 39 rangkaiannya di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesco, Tjeerd Jegen, selain mendapat panduan daripada kakitangan Tesco, sistem Quick Q itu juga akan melibatkan penggunaan sistem pemantauan berkamera yang memberi tumpuan kepada garisan hijau di hadapan kaunter bayaran.

“Sekiranya barisan menunggu menjangkaui garisan hijau berkenaan, pengawal trafik Quick Q Tesco akan membuka satu lagi kaunter dan memberi panduan kepada pelanggan untuk ke barisan yang lebih pendek.

“Inisiatif ini merupakan satu perubahan besar dalam menguruskan waktu menunggu pelanggan di kaunter khususnya pada waktu puncak dan ini seterusnya meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah mereka di Tesco,” katanya pada majlis pelancaran tawaran hebat dan perkhidmatan terkiri itu di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: