Thursday, April 28, 2011

Peluang orang utara jadi Ratu Kebaya

Nanu turun padang jumpa peminat.

Mingguan Malaysia melalui sisipan Pancaindera membuka peluang kepada semua wanita untuk merebut hadiah bernilai RM5,000 melalui pertandingan Ratu Kebaya yang diadakan sempena program Bengkel Cantik Sihat Pancaindera 2011 di seluruh negara.

Ia anjuran bersama Jamu Mak Dara yang sinonim dengan pengasasnya, Ibu Halimah Shuib yang pernah dinobatkan sebagai Ratu Kebaya pada zaman remajanya beberapa kali. Malah sehingga hari ini kebaya masih menjadi fesyen pilihannya.

Bengkel Cantik Sihat Pancaindera telah dimulakan sejak tahun 2007 dan ia telah disertai oleh lebih 10,000 wanita di seluruh negara. Acara akan diisi dengan sesi motivasi kecantikan yang akan dikelolakan oleh Ibu Halimah sendiri.

Bukan hanya dibuka kepada wanita yang berbadan langsing, wanita yang bersaiz L atau XL dipelawa tanpa sebarang prejudis. Semua orang boleh menggayakan kebaya kalau ada keyakinan diri. Itulah yang mahu disampaikan oleh penganjur.

Bagi yang mahu langsing, produk Jamu Mak Dara sememangnya boleh membantu ke arah pelangsingan badan wanita.

“Pemenang utama menerima wang tunai RM5,000, diberi peluang muncul dalam iklan Jamu Mak Dara, selain insentif melancong secara percuma dan layanan spa kelas pertama di salon kecantikan kami,” kata Pengarah Urusan Jamu Mak Dara, Syed Mohammad Gadaffi Syed Ali.

Halimah dan Gadaffi, pengusaha jamu tradisi.

Bakal diadakan di Hotel Hard Rock, Pulau Pinang pada 30 April ini, juara peringkat saringan kedua ini berpeluang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM500 serta hamper bernilai RM100 termasuk cenderahati eksklusif Mingguan Malaysia.

Naib johan pula akan menerima hadiah wang tunai RM300 manakala tempat ketiga berjumlah RM150 dan hamper. Juara dari setiap negeri secara automatik layak ke peringkat akhir di Kuala Lumpur pada 3 Disember depan.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel dengan yuran penyertaan RM80 ini boleh menghubungi talian 019-2247191 (Kelly) dan 017-3448624 (Athirah) untuk pertanyaan lanjut.

Selain itu, peserta juga akan dilengkapkan dengan petua-petua kecantikan daripada jururunding jemputan produk kecantikan terkenal, Forest’s Secret. Peserta di Pulau Pinang bertuah kerana bengkel itu akan diserikan oleh pelakon cantik Nanu Baharuddin.

Antara pengisian di dalam slot bersama Forest’s Secret ialah petua solekan ke pejabat dan majlis makan malam menggunakan produk berasaskan bahan semulajadi.

Bukan itu sahaja, peserta juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah misteri daripada penaja sepanjang bengkal selama lima jam itu berlangsung.

Pencarian Ratu Kebaya 2011 yang pertama di Shah Alam, Selangor pada minggu kedua Mac lalu memberikan banyak pengalaman berharga buat penganjurnya, akhbar Mingguan Malaysia dan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd.

Justeru, memasuki giliran kedua di Pulau Pinang, beberapa perubahan akan dibuat bagi memastikan kelancaran acara yang dinanti-nantikan oleh pencinta dunia kecantikan ini. Orang Utara, apa lagi, silalah sahut cabaran ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: