Friday, April 29, 2011

Pejabat BNM dibuka di Beijing


NAJIB (kanan) bersalam dengan Jiabao yang dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia di Dataran Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Malaysia akan menubuhkan pejabat perwakilan Bank Negara Malaysia (BNM) di Beijing, China bagi memudahkan perkembangan perdagangan dua hala dan penyelesaian transaksi dalam mata wang tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah dagangan yang diselesaikan dalam mata wang tempatan pada suku pertama tahun ini didapati melebihi keseluruhan tahun lepas.

"Kedua-dua pihak mengakui perkembangan hubungan terutamanya di antara bank pusat Malaysia dan China. Perjanjian untuk urus niaga dalam mata wang tempatan merupakan langkah penting pada masa depan.

"Saya gembira Perdana Menteri China, Wen Jiabao amat positif mengenai hasrat bank pusat untuk menubuhkan pejabat perwakilan di Beijing," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama rakan sejawatnya itu yang kini dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: