Friday, April 29, 2011

Kekasih Paris Hilton diserang


SEORANG pengawal peribadi Paris Hilton (gambar kecil) menangkap James Rainford selepas dia cuba menarik kekasih selebriti itu di sebuah mahkamah di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Polis menangkap seorang lelaki yang cuba menarik teman lelaki Paris Hilton selepas pasangan itu tiba di sebuah mahkamah kelmarin untuk memberi keterangan terhadap seorang suspek yang cuba memecah masuk rumah selebriti berkenaan pada tahun lalu.

Seorang jurugambar agensi berita Associated Press (AP) dan beberapa wartawan yang mewawancara pasangan itu melihat seorang lelaki cuba menarik leher teman lelaki Paris, Cy Waits sebelum dia dicekup seorang pengawal peribadi selebriti tersebut dan dibawa keluar.

Lelaki berkenaan, James Rainford, 36, ditangkap kerana cuba mencederakan Waits dan dia kini ditahan dengan ikat jamin AS$20,000 (RM59,540).

Insiden berlaku ketika Paris dan Waits berjalan memasuki bangunan Mahkamah Tinggi di Van Nuys untuk memberi keterangan terhadap Nathan Parada, 31, yang didakwa cuba merompak kediaman Paris.

"Seorang penceroboh menumbuk belakang kepala Waits semasa kami berjalan masuk ke dalam bangunan mahkamah itu," kata Hilton di akaun Twitternya.

Mereka bagaimanapun meninggalkan mahkamah tersebut tanpa sebarang kecederaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: