Friday, April 29, 2011

Empat pasukan tekad tebus kekalahan tahun lalu


PASUKAN Yang Titans menyertai kategori Larut Malam.


PUTRAJAYA - "Kami akan pastikan gelaran juara menjadi milik kami tahun ini."

Itulah amaran empat pasukan yang bertekad akan berjuang habis-habisan untuk merebut gelaran juara itu bagi edisi kedua kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! pada tahun ini.

Amaran itu dilaungkan oleh pasukan Yang Titans bagi kategori larut malam, Eliminator JR FC bagi kategori bawah 12 tahun, Merc FC bagi , kategori terbuka Lelaki dan Kick Off FC yang akan bertanding bagi kategori terbuka wanita.

Ketua pasukan Yang Titans, Azzlan Azzam berkata, dia optimis Yang Titans akan melangkah ke pusingan akhir pada tahun ini.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan prestasi pasukannya yang kini giat bersaing dalam liga futsal sekitar Kuala Lumpur dan sering menjadi juara.

"Tahun lepas nasib tidak menyebelahi pasukan kami, tahun ini Yang Titans akan mengganas," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ketua pasukan Merc FC, Hazrul Ridzuan Harun pula berkata, muka-muka baru yang ditampilkan dalam pasukannya tahun ini bakal memberi cabaran hebat.

Menurutnya, 'darah-darah muda' dalam pasukannya kini semakin bersemangat meskipun bakal mengharungi perjalanan yang jauh dari Kuala Terengganu, Terengganu.

"Saya harap dapat bertemu pasukan-pasukan seperti Gelombang B, Bertam Ulu dan Brabus UTDC untuk menebus kekalahan dengan mereka tahun lalu," katanya.

Sementara itu, pengurus pasukan Eliminator JR FC, Amran Idris dan pengurus pasukan Kick Off FC, Jumani Omar masing-masing ketika dihubungi mengesahkan akan menyertai kejohanan tahun ini dengan tekad untuk menjadi juara.

Tahun lalu, Yang Titans menduduki tempat keenam, Eliminator JR FC tempat kelapan, Merc FC dan Kick Off FC masing-masing berada di tempat ketujuh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: