Thursday, April 28, 2011

Cerewet pilih kekasih

pix_middle

DALAM diam, pelakon cantik Linda Hashim rupa-rupanya sudah beberapa bulan hidup sendirian selepas hubungan dengan seorang jejaka yang enggan didedahkan identitinya terputus di tengah jalan.

Linda yang juga pelakon drama siri Halimah Jongang 3 dan Tudung Ekspres menyifat�kan semua yang terjadi adalah ketentuan Ilahi dan dia akur dengan kehendak takdir.

  • Foto

    PASRAH...Linda yakin setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

  • Foto

    SYARAT...Linda tidak mahu kekasih yang membuingatkan dia pen.

“Mungkin ramai tidak tahu perkara ini kerana saya jarang bercerita mengenai kisah peribadi saya kepada orang. Namun saya juga tidak akan berbohong kalau ada pihak media yang bertanya.

“Memang saya sedih dengan perpisahan ini namun itulah kenyataan hidup. Sekarang saya sudah tidak ada kekasih lagi. Kalau dilihat dari perspektif positif, ruang yang ada itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk saya memberi lebih fokus kepada kerjaya dan keluarga.


“Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya sentiasa percaya dengan frasa itu,” kata Linda, 27.Tidak pernah serik, Linda akui enggan tergopoh-gapah mencari pengganti walaupun kini bebas mencari teman hidup.

Mengenai calon kekasih baru, Linda yang juga pemilik syarikat perniagaan bersama kakaknya, Erin & Erina Sequins, berkata dia impikan seseorang yang sederhana dan berbudi.

“Saya sedang mengenali seseorang yang saya fikirkan sesuai. Apa yang penting dalam mencari pasangan adalah keserasian dan kejujuran. Untuk apa kita bercinta kalau ia hanya membuatkan kita pening kepala.

“Bagaimanapun saya mengaku yang saya sebenarnya seorang yang cerewet dan pemilih. Saya tidak suka seseorang yang membuatkan saya bosan,” ujarnya.

Apa yang jelas, wajah dan nama Linda mungkin tidak kerap muncul di dada akhbar namun siapa sangka Linda sudah lebih sedekad menceburi bidang seni.

Sebelum ini, dia perah membintangi beberapa drama seperti Misi XX Ray, Tak Tercapai Akalmu, Janji Kekasih, Ayahku Kahwin Lagi dan Dewi Cinta.

“Tidak pernah terlintas di hati saya mengenai populariti kerana sejak awal pembabitan saya dalam bidang ini, saya hanya teringin mencari duit dan mempamerkan bakat ada. Kalau popular itu datang, ia sekadar bonus.

“Saya fikirkan mungkin saya kekal pada prinsip diri untuk tidak bercakap kepada media dan menjaja kisah peribadi. Saya hanya mahu berkongsi kisah perkembangan kerjaya atau apa saja projek khas yang membabitkan saya.

“Saya tak mahu dikatakan mencari publisiti murahan. Biarlah tidak popular, tapi rezeki tetap ada buat saya untuk bertahan sebagai pelakon,” katanya yang juga pernah berlakon dalam drama siri Durani bersama Raja Farah.

Linda mengakui keperitan yang dilaluinya sepanjang lebih 10 tahun berjuang secara serius dalam lapangan seni kadangkala semacam tidak dipedulikan.

“Pelakon zaman dulu dan sekarang banyak berbeza. Pelakon hari ini boleh cepat melonjak nama walaupun lakonan mereka masih baru lagi. Mungkin itulah kelebihan selebriti hari ini.

“Bagaimanapun saya tidak berkecil hati kerana apa yang penting adalah keikhlasan kita dalam bekerja dan terus mencuba sesuatu yang hebat bagi meningkatkan mutu lakonan dari semasa ke semasa,” katanya yang sebelum ini mewarnai iklan-iklan komersial seperti Minyak Masak Cap Buruh, Kentucky Fried Chicken (KFC), Clean & Clear, Sunsilk dan DiGi.

Menyentuh episod lakonan, Linda yang pernah muncul menerusi filem Rasuk, bakal menampilkan sesuatu yang berbeza dan tersendiri. Puas menggalas pelbagai peranan, dia kini tampil dengan satu watak yang cukup berbeza.

Menyandang watak Fatimah menerusi drama siri baru terbitan A Aida Productions berjudul Fatimah Juling The Series, Linda bakal menghiburkan penonton sepanjang 13 episod dengan lakonan mata juling.

“Saya sayangkan bidang lakonan dan sentiasa mencari kelainan. Alhamdulillah tawaran ini datang dan mustahil untuk saya katakan tidak kepada produsernya kerana Fatimah memberikan saya satu pembaharuan berani dalam lakonan.

“Kali ini untuk tempoh sebulan penggambaran bagi 13 episod, saya perlu sentiasa pakai lensa yang menampakkan seolah-olah mata saya juling. Tapi kelakarnya, Fatimah seorang yang berkeyakinan tinggi dan tidak langsung merasakan dirinya serba kekurangan.

“Kalau ada yang anggap drama ini menyindir atau merendah-rendahkan individu lain, saya rasa ia tidak tepat dan relevan. Ini kerana plot cerita Fatimah Juling serta pembangunan watak yang sangat positif. Justeru saya harapkan peminat akan terhibur dan mengambil iktibar daripada drama ini,” katanya.

Fatimah Juling yang turut membariskan pelakon popular lain seperti Zed Zaidi, Beego, Bob Lokman dan beberapa yang lain boleh disaksikan
di Saluran 105, Astro Prima.


PROFIL

Nama Sebenar: Norhazlinda Hashim
Nama komersial: Linda Hashim
Tarikh lahir: 8 September 1984
Usia: 27 tahun
Tempat Lahir: Ipoh, Perak
Pendidikan: SPM
Profesion: Model, Pelakon
Status: Bujang
Drama TV: Antaranya Semarak Naga, Vila Cinta Daddy, Bila Tsunami Melanda, Mengapa Harus Ada Cinta, Misi Xx Ray, Tak Tercapai Akalmu, Janji Kekasih, Ayahku Kahwin Lagi, Adam Dan Dewi Cinta
Iklan: Minyak Masak Cap Buruh, Kentucky Fried Chicken (KFC), Clean & Clear, Sunsilk , DiGi

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: