Thursday, April 28, 2011

Beyonce Berhadapan Tindakan Undang-Undang

Beyonce Knowles

LONDON: Penyanyi Beyonce Knowles telah dituduh menyebabkan 70 orang kehilangan pekerjaan selepas dia tiba-tiba tidak mahu terlibat dalam sebuah rancangan permainan video yang telah dipersetujuinya dalam satu perjanjian sebelum ini.

Menurut aduan yang difailkan di sebuah mahkamah di New York pada Selasa, perjanjian dalam sebuah projek penerbitan itu tidak dapat diteruskan apabila Beyonce membuat permintaan terlalu tinggi bagi mendapatkan lebih banyak wang tunai.

Akibat tindakan tersebut, Beyonce didakwa menyebabkan kerugian syarikat perniagaan Gate Five.

Para pengurus syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka merancang untuk menerbitkan sebuah rancangan bercorak aktiviti permainan dengan penyanyi berkenaan tetapi kerjasama tidak dapat diteruskan apabila Beyonce secara tiba-tiba menarik diri untuk bekerjasama.

Berikutan itu Gate Five bercadang untuk memulihkan semula perniagaan berkenaan dengan nilai pelaburan sebanyak RM20.1 juta serta RM300 juta nilai keuntungan penerbitan tersebut. – New Karala.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: