Wednesday, March 30, 2011

Studio berkaca dekatkan pelajar AF9 dengan peminat


Kalau ditanya apa kelainan yang ada dalam AF9 ini berbanding musim-musim sebelumnya, memandangkan ia merupakan musim terakhir program realiti popular ini dipersembahkan kepada peminat-peminatnya, jawapannya mudah sahaja.

Jika sebelum ini, pelajar-pelajar AF di'sorokkan' dan di asingkan daripada kehidupan luar, dimana mereka dikumpulkan dalam sebuah rumah dan studio tanpa diberi peluang untuk berinteraksi dengan sesiapa pun selain krew dan tenaga pengajar, kini AF9 membawa kelainan apabila 12 orang pelajar ini ditempatkan di dalam sebuah bilik kaca khas di dalam kompleks membeli-belah AEON AU2, Keramat dan gelagat mereka boleh dilihat secara langsung oleh pengunjung disitu. Bertujuan untuk mendekatkan pelajar dengan peminat, menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Azlin Reza Azmi, ia juga bermatlamat agar kelainan AF kali ini akan dikenang selamanya.


"Dengan cara begini, pelajar-pelajar akan lebih dekat dengan penonton mereka selain kita mencari pendekatan baru untuk memberi mereka pengalaman selain meletakkan sedikit tekanan untuk mereka menjadi yang terbaik selepas keluar nanti.

"Penonton-penonton juga dapat melihat dan menilai sendiri pelajar-pelajar pilihan mereka selain melihat mereka semua melalui Diari AF.

"Namun, bagi pelajar-pelajar ini pula, mereka masih terikat dengan beberapa peraturan dan masih dikawal oleh beberapa pengawal keselamatan sekiranya mahu keluar daripada bilik kaca ini,"jelas Azlin.

Masih merahsiakan siapa yang bakal menerajui AF9 ini sebagai pengetua, Azlin juga mendakwa wang tunai bernilai RM 200 ribu itu adalah hadiah yang terbaik untuk bagi mereka yang memenangi tempat pertama dalam AF9 ini.

"Untuk memulakan kerjaya mereka memerlukan wang yang banyak, dan hadiah RM200 ribu ini cukup sesuai jika dibandingkan rumah dan kereta,"luahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: