Wednesday, March 30, 2011

Pesta berlian Habib


Set anting-anting bertatah berlian.


MEMANG terkesan di hati penulis bait-bait skrip iklan berlian Habib Jewels yang popular awal tahun 90-an. Antara petikan iklan tersebut berbunyi,

"Saya pakai berlian bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi untuk kepuasan diri sendiri."

Ia diutarakan oleh seorang pelanggan wanita Habib tentang perasaannya apabila memakai berlian.

Rasanya memang ramai wanita yang masih mengingati iklan tersebut, terutama yang bersetuju dengan kenyataan wanita tersebut. Penulis secara peribadi juga meminati berlian yang sering dikaitkan dengan simbol keindahan cinta dan kasih sayang, kekayaan, kemegahan dan kemasyhuran.

Berlian adalah harta yang tidak ternilai sejak berkurun lamanya, dikagumi kewujudannya di seluruh dunia dan sebagai lambang kesempurnaan dan peribadi si pemakai.

Pada zaman kerajaan Victoria berkuasa di England, berlian menjadi simbol kebesaran kuasa diraja dan ia menghiasi lambang pemasyhuran, pedang dan barangan kemas. Mungkin ramai yang tidak tahu Permaisuri Victoria menggelarkan sambutan Hari Jubli ke-50 baginda sebagai Jubli Berlian.

Sebagai tanda penghargaan kepada berlian, Habib menganjurkan jualan tahunan yang dinamakan Pesta Bulan Berlian dari 1 April hingga 2 Mei. Bertemakan Multiply Your Beauty, Multiply Your Charm, Multiply Your Dazzle, Habib akan menampilkan daya keunikan berlian bagi menepati cita rasa wanita hari ini.

Sifat berlian yang versatil sebenarnya mampu menyerlahkan penampilan anda di setiap masa dan situasi.

Tidak kiralah malam atau siang, busana formal atau kasual, berlian Habib direka khusus untuk penampilan anda agar kelihatan elegan dan klasik.

Pesta Bulan Berlian Habib menyediakan variasi barangan kemas berlian dari kategori emas putih, emas kuning dan juga emas rose. Ia direka khusus untuk wanita yang mahukan penampilan yang hebat menawan. Malah set barangan kemas emas rose juga menjadi elemen penggayaan hebat para selebriti dan aktres Hollywood seperti Katie Holmes dan Mariah Carey.

Pada promosi kali ini Habib turut akan menampilkan koleksi barangan kemas, berlian, intan, permata yang terkini dan sesuai dengan perkembangan arus fesyen dunia.

Antara potongan berlian yang dijangka menambat hati wanita ialah sepasang subang 'candelier' yang diikat penuh seni dengan emas rose dan bertatah tiga jenis potongan batu-batu berlian. Kesemuanya berjumlah 281 biji batu berlian untuk subang tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: