Wednesday, March 30, 2011

Makanan Jepun bebas radioaktif


ORANG ramai tidak perlu bimbang tahap keselamatan ikan yang diimport dari Jepun kerana ia dilaporkan bebas daripada radioaktif. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Sebanyak 38 sampel produk makanan dari Jepun yang dianalisis didapati mematuhi tahap kandungan bahan radioaktif yang dibenarkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut beliau, sampel makanan itu meliputi ikan dan hasilan ikan, sayur-sayuran serta hasilan susu.

“Kementerian Kesihatan telah mengenakan pemeriksaan tahap lima iaitu tahan, uji dan lepas di bawah Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) di pintu-pintu masuk negara bermula 16 Mac lepas terhadap semua makanan yang diimport dari Jepun ke negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Pemeriksaan Kesihatan, Golden Horses Health Sanctuary di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: