Monday, February 28, 2011

Bieber jerit jangan sentuh rambutnya


REAKSI Justin Bieber yang meminta rambutnya tidak disentuh oleh Holly Robinson Peete.


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal yang berusia 16 tahun tetapi kini merupakan seorang jutawan, Justin Bieber menjerit bagi meminta seorang hos program perbualan The Talk supaya jangan menyentuh rambutnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Bieber menjerit: "Jangan, jangan, jangan. Jangan sentuh rambut saya."

Penyanyi lagu Baby itu membuat permintaan itu dengan spontan semasa hos program tersebut, Holly Robinson Peete cuba mengangkat topi besbol Bieber.

Kelakuan penyanyi itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia telah memotong rambutnya pada minggu lalu untuk dilelong dalam satu majlis amal.

Sebelum ini Bieber pernah tampil dalam majlis bual bicara yang dihoskan Ellen DeGeneres.

Penyanyi itu menunjukkan beberapa helaian rambutnya yang telah dipotong yang disimpan dalam sebuah bekas untuk dilihat oleh hos tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: