Sunday, January 30, 2011

Yee Sang ala Thai




WAKTU sentiasa berubah, namun tradisi tetap tidak dilupakan. Betapa pun arus kemodenan mendesak, sesetengah perkara menjadi pegangan sampai bila-bila.

Menikmati Yee Sang sempena perayaan Tahun Baru Cina dan Chap Goh Mei antara tradisi unik masyarakat Tionghua di Malaysia. Malah ia kini turut dinikmati oleh semua kaum di negara ini.

Membawakan sedikit kelainan, Chakri Xpress yang terkena perbezaan daripada biasa.

“Sos Yee Sang kami berbeza kerana ia mempunyai rasa pedas. Namun, kami juga mempunyai sos pelam biasa yang manis dan masam. Satu lagi yang menjadikan Yee Sang kami unik, ia ditambah parutan mangga muda,” kata Pengurus Restoran, Mohd. Affandy.

Saat menggaul Yee Sang beramai-ramai antara waktu yang dinanti. Gaul dan keuntungan untuk tahun baru yang akan datang.

Namun, menggaul dan melambung perlu juga ada seninya, jangan sampai bersepah hingga melimpah keluar dari mangkuk kerana ia dikatakan boleh mengurangkan rezeki pula. Namun itu hanyalah tanggapan semata-mata, apa yang penting adalah saat bahagia bersama. Harga bagi set medium Yee Sang adalah RM45++.

Chakri Express turut menyediakan promosi “All You Can Eat” berharga RM25.90 setiap seorang untuk anda mencuba 101 jenis masakan Thai yang terdapat di situ. Ia merangkumi pembuka selera, menu utama, pencuci mulut dan pelbagai variasi yang menyelerakan.

Menurut Mohd. Affandy, untuk permulaan pilih enam menu yang anda inginkan dan kemudian bila selesai, pilih lagi untuk hidangan seterusnya.

“Selagi anda mampu makan, jamahlah sepuas yang anda mahukan,” katanya.

Promosi tersebut boleh dinikmati sehingga maksimum 16 pengunjung dan sesuai untuk mereka yang berkumpulan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: