Sunday, January 30, 2011

Two Wheel Garage


Two Wheel Garage turut menyediakan perkhidmatan pusat servis dan menjual alat ganti pelbagai jenama motosikal.


MELIHATKAN budaya bermotosikal kuasa tinggi semakin berkembang di negara ini, ia turut mempengaruhi kehadiran kedai-kedai menjual motosikal, aksesori dan alat ganti seperti cendawan tumbuh.

Malah peminat motosikal berkuasa tinggi di negara ini juga semakin bertuah memandangkan syarikat pengeluar motosikal seperti Kawasaki, Suzuki dan Kraftezugh Trunkenpoize Metlighotem (KTM) kini telah beroperasi di Malaysia.

Dengan adanya kilang pemasangan tempatan (CKD) yang beroperasi di negara ini, peminat motosikal tersebut berpeluang membeli kenderaan itu dan alat ganti dengan harga lebih rendah berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, kebanyakan kedai yang menyediakan perkhidmatan tersebut dimonopoli oleh bukan bumiputra manakala kedai motosikal milik bumiputra boleh dikira bilangannya di seluruh negara.

Justeru itu, bergantung kepada populariti pengguna motosikal yang kebanyakannya terdiri daripada kaum bumiputra, Two Wheel Garage kini memecahkan tradisi perniagaan tersebut kepada seluruh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Faktor itu mendorong Two Wheel Garage memberikan perkhidmatan menjual pelbagai aksesori, alat ganti dan pusat servis di bawah satu bumbung yang sama bagi memudahkan pelanggan mendapatkan peralatan yang diingini dalam suasana yang selesa.

Malah kehadiran kedai tersebut yang beralamat di No.5, Jalan U1/31, Hicom-Glenmarie Industrial Park, Seksyen U1, Shah Alam itu juga boleh diibaratkan sebagai pusat sehenti buat peminat motosikal berkuasa tinggi mendapatkan pelbagai informasi terkini mengenai dunia permotoran.

Pengarah Urusannya, Azman Baharuddin berkata, idea membuka kedai motosikal itu bermula sejak beliau aktif dalam menganjurkan pelbagai acara sukan bermotor dari jentera 4x4 ke motosikal berkuasa tinggi.

"Melalui penganjuran aktiviti dan pelbagai acara sukan bermotor yang telah saya lakukan sebelum ini, saya mula mendapat idea untuk mengembangkan minat tersebut kepada perniagaan yang lebih serius," katanya yang telah berkecimpung dalam dunia sukan permotoran sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, Two Wheel Garage mula beroperasi tahun lalu dan pada awalnya ia hanya menjual pelbagai aksesori motosikal kepada pengguna.

"Sebagai sebuah pusat sehenti motosikal berkuasa tinggi, Two Wheel Garage kini meluaskan operasi meliputi pusat servis dan menjual motosikal terpakai.

"Kebanyakan aksesori yang boleh didapati di Two Wheel Garage pula diimport dari luar negara bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan yang inginkan barangan yang lebih berkualiti tinggi," jelasnya.

Selain menyediakan perkhidmatan menjual alat ganti dan pelbagai aksesori motosikal, Two Wheel Garage juga dibuka kepada mana-mana kumpulan motosikal yang ingin menikmati kemudahan yang disediakan.

Antaranya seperti ruangan bilik mesyuarat yang boleh digunakan oleh mana-mana ahli kelab motosikal yang berminat untuk mengadakan mesyuarat.

"Kebanyakan kelab motosikal di seluruh negara hanya mengadakan mesyuarat bersama ahli kelab masing-masing di kedai-kedai mamak dan diharap agar dengan adanya kemudahan seperti yang disediakan di Two Wheel Garage dapat memudahkan mereka mengadakan perbincangan dalam keadaan yang lebih teratur dan selesa," ujarnya.

Pelbagai pilihan aksesori dan alat ganti motosikal boleh didapati di Two Wheel Garage antaranya seperti baju jaket keselamatan, jaket gotex, baju hujan, kasut, kotak simpanan, topi keledar, GPRS, sport light, pelindung enjin dan pelbagai aksesori lain yang sesuai dipadankan dengan motosikal jenis kembara lasak ataupun superbike.

Untuk maklumat lanjut mengenai Two Wheel Garage sila layari laman web www.israqadventure.com atau hubungi talian 03-55693941.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: