Sunday, January 30, 2011

Sebut betul-betul... Shah Jaszle!


SHAH JASZLE


DIVA kagum dengan ibu bapa sekarang yang pandai menyesuai padan nama anak-anak mereka dan terhasilah nama-nama yang menarik. Tidak kurang juga selebriti yang selesa memilih nama yang ringkas untuk cahaya mata mereka seperti Tini Hot Fm yang memilih nama anaknya, Kaseh dan Nana XFM dengan nama Althea.

Tapi baru-baru ini kawan Diva yang suka bereben di kepala sudah mengadu pada Diva tentang Shah Jaszle yang konon-kononnya tengah panas ketika ini. Kaedahnya, kawan Dia itu semakin keliru dengan sebutan nama pelakon tersebut dan rasanya ramai juga berfikiran yang sama.

"Va, aku pernah interview pelakon Asmara. Dulu aku memang keliru nak sebut nama dia dan minta dia sebutkan. Aku ingat lagi dia kata, sebutannya adalah Jaz-li. Alih-alih baru ini aku dengar dia kata sebutan sebenar namanya adalah Ja-zel. Mana satu yang betul ni?

"Lagi satu, kenapa dia alih-alih nak cakap Inggeris je sekarang ni? Dulu elok je menjawab soalan dalam bahasa Melayu. Bukanlah tidak bangga dengar anak tempatan pandai berbahasa Inggeris. Tapi jangan sampai terserlah kejutan budayanya," komplen teman Diva yang keliru berpanjangan itu.

Mungkin satu hari nanti, Diva boleh turun padang dan tanyakan nama sebenar dan sebutan yang sahih akan nama pelakon Shah Jaszle yang dipercayai sedang berada di Perancis. Diva tunggu dia balik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: