Monday, January 31, 2011

Mayat bayi dicampak dalam longkang


MAYAT bayi lelaki yang masih mempunyai tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang di Ayer Hitam, Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

1 comment:

  1. TAK ADE PERASAAN SUNGGUH MANUSIA NIE....KLU TAK MAHU SEKALIPUN JGN LA DIBUANG DITEMPAT SEBEGITU......................YA ALLAH BERILAH PETUNJUK PADA MEREKA YG BUAT SEDEMIKIAN RUPA......

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: