Sunday, January 30, 2011

Koleksi gajet paling bernilai

PERNAHKAH anda terbayang untuk memiliki gajet yang ditempah khas bagi menepati cita rasa pemilik itu sendiri. Apatah lagi jika gajet yang anda tempah itu diperbuat daripada sumber alam paling bernilai seperti emas, batu permata ataupun belian sudah tentu memberikan sentuhan istimewa terhadap koleksi peribadi.

Melihatkan permintaan terhadap gajet tempahan khas semakin meningkat, sebuah syarikat daripada Liverpool, England, kini menyediakan perkhidmatan tersebut.

Gajet-gajet yang dihasilkan oleh Goldstriker International itu sentiasa diiktiraf sebagai barangan paling mahal pernah dijual walaupun pada zahirnya ia hanya sekadar telefon bimbit yang boleh didapati di pasaran.

SONY PS3

SECARA rasmi PS3 tersebut merupakan permainan konsol paling mahal dijual kerana ia telah diubah dengan ciri-ciri kemewahan yang tiada tandingan.

PS3 itu disaluti dengan kira-kira 1,600 gram emas padu 22 karat ditambah lagi dengan 58 berlian 26 karat di bahagian pemacu cakera khas.

Bagaimanapun, ia hanya dihasilkan sebanyak tiga unit dan berharga RM959,976.

Prestige HD Supreme Rose

Televisyen skrin 55 inci itu dihasilkan dengan lapisan yang dibuat dari kulit buaya dan disaluti dengan 28 kilogram emas padu, 72 batu permata jenis flawless, sunstone serta amethyst pada bahagian bingkai luar.

Selain itu, istimewanya televisyen tersebut hanya dikeluarkan sebanyak tiga unit dan menjadikannya sebagai televisyen paling mahal dijual diseluruh dunia dengan harga bernilai RM7.2 juta (1.5 juta pound).

iPad Supreme Fire

MODEL gajet iPad edisi terhad itu dikeluarkan sebanyak 25 unit. Ia dihasilkan dengan 2.5 kilogram emas padu.

Hasilnya memberikan satu gabungan hebat teknologi industri serta pertukangan yang tiada tandingan telah diwujudkan pada iPad 3G versi 64GB dan ia dijual dengan harga RM527,976 (109,995 pound).

Blackberry 9700 Bold II Elite

REKAAN unik Blackberry 9700 Bold II terhad itu bukan sekadar telefon bimbit yang biasa boleh didapati dipasaran.

Ia direka dengan susunan set berlian VVS1 di bahagian depan telefon tersebut manakala bahagian belakangnya diperbuat daripada keluli tahan karat dan hanya dihasilkan sebanyak 10 unit pada harga RM71,976 (14,995 pound).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: