Saturday, January 29, 2011

Koleksi gabungan tradisional, moden

CERIA...gabungan rona terang dan motif flora nyata menceriakan lagi perayaan kali ini.
CERIA...gabungan rona terang dan motif flora nyata menceriakan lagi perayaan kali ini.

TRADISI memakai pakaian rona merah atau warna ong dalam masyarakat Cina pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina masih diamalkan sehingga hari ini walaupun ada sesetengah keluarga tidak mengamalkannya lagi.

Bukan sebarang warna, tetapi merah sebenarnya mempunyai makna tersendiri bagi masyarakat Cina. Ia dikatakan menjadi lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam hidup.

  • Foto

    BERGAYA...rekaan menarik buat wanita moden.

  • Foto

    MENARIK...himpunan lengkap untuk seisi keluarga daripada East India Company.

  • Foto

    PILIHAN WANITA...gaun pendek menyerlahkan lagi gaya feminin wanita.

Selain dianggap mampu memberi lebih rezeki dan membawa keceriaan, rona merah juga dianggap antara warna kegemaran masyarakat Cina apabila mahu membeli pakaian untuk digayakan pada perayaan berkenaan.

Begitupun, seiring dengan perubahan fesyen semasa, masyarakat Tionghua semakin terbuka dalam menentukan rona pakaian yang hendak digayakan terutama untuk hari kedua dan seterusnya.Tidak hairan jika kebanyakan label fesyen yang ada di pasaran hari ini semakin berani menampilkan kepelbagaian rona selain merah untuk koleksi sempena perayaan itu.

Beberapa label terkenal seperti East India Company, Cape Cod, Passages, Laura Ashley, Emanuelle, Tangerina, Somerset Bay, Chi, Yin & Yang serta Arthur Yen yang berada di gedung beli-belah Metrojaya, tidak ketinggalan memberi variasi kepelbagaian gaya fesyen kepada masyarakat menerusi koleksi terbaru masing-masing.

Bertemakan Blossom into Prosperity, sambutan Tahun Arnab diserikan dengan himpunan istimewa gabungan tradisional dan moden.

Pada majlis peragaan di ibu negara, baru-baru ini, label berkenaan menampilkan koleksi rekaan terkini yang lebih segar dan kontemporari, seiring perkembangan fesyen semasa.

Jika sebelum ini masyarakat menyaksikan koleksi pakaian perayaan ini penuh dengan warna merah tetapi pada kali ini, rona koleksi lebih pelbagai.
Golongan muda dikatakan lebih cenderung memilih rona yang lebih trendy seperti
kelabu, biru dan hijau manakala untuk kanak-kanak, rona krim, biru, putih dan merah jambu masih menjadi pilihan.

Kebanyakan label berkenaan menyerlahkan rekaan moden dengan tema oriental, ringkas dan berbunga tetapi masih tidak meminggirkan elemen tradisional.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: