Sunday, January 30, 2011

‘Itu kerja gila’

HILANG AKAL...Capri terkejut Kacey (gambar bawah) tergamak menemankan Sheen berfoya-foya.
HILANG AKAL...Capri terkejut Kacey (gambar bawah) tergamak menemankan Sheen berfoya-foya.
pix_topright

LOS ANGELES: Gila - itu ungkapan diucap seorang pelakon lucah kepada beberapa aktres filem porno yang berani ke rumah Charlie Sheen untuk berpesta di situ, kelmarin.

Kata Capri Anderson, tiada mana-mana wanita yang waras akan tergamak berkunjung ke rumah Sheen di Beverly Hills berdasarkan perangai aktor terbabit di luar layar perak.


Bercakap hasil pengalamannya sendiri, Capri, 22, berkata dia amat terkejut apabila mendapat tahu mengenai insiden Sheen dikejarkan ke hospital kerana mengadu sakit perut melampau.

“Tapi saya bukan terkejut kerana dia hilang kewarasan, sebaliknya tidak dapat memikirkan ada wanita berani berseronok-seronok di rumahnya,” katanya kepada media semalam.


Oktober lalu, Capri mendakwa dia diugut bunuh oleh Sheen ketika berfoya-foya dengan pelakon filem Wall Street itu di sebuah hotel di New York.


Capri turut diherdik dengan panggilan sundal oleh Sheen, selain cuba dirogol aktor terbabit.Sementara itu, aktres porno yang menemani Sheen kelmarin, Kacey Jordan, 22, berkata aktor itu memesan dadah bernilai AS$20,000 (RM61,080) pada Khamis dan mereka mengambil bahan larangan itu bersama-sama.


Pada satu ketika, kata Kacey, Sheen menghisap kokain sambil menonton filem lucah bersamanya beberapa rakannya.“Sheen menawarkan sebuah kereta mewah tetapi saya mesti meluangkan masa lebih lama di situ,” katanya.


Bagaimanapun, Kacey mendakwa dia bergegas meninggalkan kediaman Sheen kerana tidak tahan dengan kerenah pelakon siri komedi Two and a Half Men.


Tidak lama kemudian, Sheen mengadu sakit perut dan terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan hospital pada awal pagi.


Bagaimanapun, Sheen dibenarkan pulang semalam dan memasuki pusat pemulihan bagi merawat masalah ketagihannya.


Siri Two and a Half Men juga akan direhatkan untuk sementara waktu walaupun Sheen begitu yakin penggambaran siri komedi itu tidak terjejas dengan insiden berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: