Sunday, January 30, 2011

Hamil? Hillary Duff terkejut




Memanglah sebelum ini dia teringin hendak menjadi ibu, tetapi mungkin bukan sekarang. Menafikan bahawa dirinya sedang hamil, penyanyi dan pelakon terkenal, Hillary Duff sebenarnya agak terkejut apabila didakwa sedang hamil.

“Wow, ini memang benar-benar mengejutkan. Memang saya teringin hendak mengandung tetapi belum ada tanda-tanda lagi. Saya pun pelik macam mana boleh timbul cerita itu.

“Itu hanyalah khabar angin. Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan saya,” katanya.

Duff, 23 yang memulakan kerjayanya sebagai bintang Disney turut mengaku dia mahu menimang sekurang-kurangnya dua cahaya mata.

“Saya dan suami memang mahukan anak, tetapi kalau boleh bukan sekarang. Lagipun kami baru sahaja enam bulan berkahwin,” katanya.

Duff berkahwin dengan seorang pemain hoki, Comrie, 30, di Santa Barbara, California pada Ogos lepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: