Sunday, January 30, 2011

Anne lasak tapi feminin


Anne


DIA lasak dan tegas. Minat terhadap motosikal berkuasa tinggi sudah cukup membuktikan jiwa kental wanita ini. Namun di sebalik semua itu, ciri manja dan feminin Anne Idris tetap menyerlah.

“Anne memang lasak dan meminati motosikal berkuasa tinggi. Tapi di dapur pun ligat juga, buktinya dah lebih empat tahun Anne mengusahakan My Mom’s Bakery,” tuturnya dalam nada manja.

Bagi wanita berasal dari Perak ini, wanita lasak tidak semestinya canggung di dapur. Malah dengan sikap tegas dan disiplin yang dimiliki, dia berjaya mengendalikan perniagaan walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Dengan perniagaan yang semakin stabil, wanita ini berhasrat untuk kembali bergiat aktif dalam dunia peragaan yang pernah ditinggalkannya.

“Anne sebenarnya mula aktif dalam modelling sejak tahun 2003 lagi. Tapi disebabkan sibuk dengan urusan perniagaan, banyak tawaran terpaksa ditolak. Sekarang Anne yakinkan masanya untuk kembali aktif sudah tiba,” kata anak didik Aleeza Kassim ini penuh yakin.

Banyak perkara yang dibualkan sepanjang sesi fotografi itu dijalankan. Antaranya mengenai minat yang tak pernah padam untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi.

Katanya, dia hampir membeli sebuah motosikal Suzuki Gladius 650, namun dihalang ibu yang bimbang keselamatannya.

“Suatu hari nanti, Anne pasti akan memilikinya juga,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: