Sunday, January 30, 2011

Akim buang hadiah peminat?


Akim


NAMPAKNYA ada yang panas punggung apabila dapat tahu Akim yang cukup popular dengan lagu Inilah Cinta telah membuang hadiah peminat dalam satu kejadian di Brunei. Khabarnya Akim membuang hadiah tu sebab dia tak suka.

Hal ini dibangkitkan oleh peminat sendiri yang tak puas hati dengan Akim sampaikan ada yang melabel penyanyi remaja itu dengan panggilan yang bukan-bukan. Tak kenang budi, lupa daratan, macam-macam. Peliklah, baru setahun menyanyi, baru hendak popular, sudah jadi ‘kacang’ ya Akim? Ish!Ish! Ish, sampainya hati buat peminat macam tu.

Dan bila Syed tanya Akim baru-baru ini, dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Akim nyata terkejut dengan cerita yang keluar tu sebab dia dia tak pernah buang walau satu pun hadiah pemberian peminatnya selama ini.

“Tak ada asas langsung. Macam mana cerita tu boleh keluar? Kalau ikut cerita tu, Akim buang gambar pemberian peminat di Brunei. Masalahnya cerita buat persembahan di Brunei tu sudah lebih setahun setengah, kenapa baru sekarang nak keluar cerita tu?” kata Akim. Tegas Akim, semua peminat dia sayang dan hadiah peminat tak kira kecial atau besar, dia akan simpan di rumah.

“Cuba bayangkan kalau orang buang hadiah pemberian Akim. Tentu Akim akan sedih. Sama juga hal macam tu,” nafinya lagi. Okeylah Akim, kalau tak buat tak apa. Tetapi nasihat Syed, kalau ada artis buat perangai macam tu, alamatnya tak lamalah bernafas dalam dunia seni. Nak jadi artis, kenalah tahu menghargai peminat, okey?

Syed: Buang surat cinta lama bila sudah bertemu orang baru. Opsss!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: