Thursday, October 28, 2010

Kostum asal Darth Vader akan dijual


SEORANG kakitangan Rumah Lelongan Christie, Caitlin Graham membetulkan topi kostum Darth Vader di London semalam.


LONDON - Kostum watak Darth Vader dalam filem sains fiksyen Star Wars akan dilelong oleh Rumah Lelongan Christie.

Sebuah topi hitam, topeng dan perisai Darth Vader dijangka dilelong di antara AS$250,000 (RM777.125) hingga AS$365,000 (RM1.13 juta) pada bulan depan.

Menurut kenyataan rumah lelongan itu, kostum tersebut dianggap telah digunakan dalam filem The Empire Strikes Back, filem siri Star Wars kedua arahan George Lucas pada tahun 1980.

Rumah lelongan Christie bagaimanapun tidak mendedahkan identiti sebenar pemiliknya.

Kenyataan rumah lelongan itu cuma menyatakan pemiliknya ialah seorang rakyat Amerika Syarikat (AS).

Lelongan tersebut akan diadakan pada 25 November depan di London.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: