Sunday, October 31, 2010

cicak tokek yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit sekilogram

Cara- cara Membiakkan Cicak Tokek / Tokey Gecko

Sekarang ni tengah duk heboh pasal cicak tokek yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit sekilogram. Mungkin di Malaysia ni masih belum ada individu yang cuba membiakkan cicak tokek ini secara komersial. Orang ramai hanya memburu cicak ini. Buat masa ini memang la cicak ini boleh diburu dan ditangkap oleh sesiapa sahaja tanpa lesen. Tapi oleh kerana orang ramai sedang memburu cicak ini tanpa kawalan, tak mustahil satu hari nanti kerajaan mengawal bagi mengelakkan kepupusan. Jadi, ada baiknya korang cuba untuk biakkan cicak ni. Semoga Berjaya.

Menentukan Jantina
Untuk kenal pasti jantina cicak tokek adalah agak mudah. Cicak tokek jantan adalah lebih besar, lebih tebal dan lebar, serta mempunyai kepala yang lebih besar daripada cicak tokek betina. Cicak tokek jantan lazimnya mempunyai warna kelabu cerah dan biru manakala cicak tokek betina mempunyai warna kelabu gelap dan perang.

Namun begitu, cara yang paling tepat untuk menentukan jantina cicak tokek ialah dengan memeriksa bahagian bawah yang terletak tengah-tengah di antara kaki belakang. Cicak tokek jantan dewasa mempunyai garisan pori-pori yang jelas berbentuk V-shaped manakala cicak tokek yang belum matang mempunyai garisan halus. Cicak tokek betina juga mempunyai garisan pori-pori ini, tetapi ia tidak kelihatan dengan jelas.

Jangan sesekali meletakkan dua atau lebih cicak tokek jantan dalam satu bekas atau. Ini kerana cicak tokek jantan akan berebut kawasan atau wilayah. Biasanya mereka akan berlawan dan ini boleh menyebabkan kecederaan atau kematian. Tapi untuk cicak tokek betina, takde masalah kalau nak bubuh banyak-banyak lebih dari seekor asalkan bekas tidak sempit. Sebenarnya dalam habitat asal..cicak tokek ni hidup sekor-sekor..kiranya sebatang kara la dan hanya mencari pasangan ketika musim mengawan. Oleh itu, sesetengah orang memilih untuk mengasingkan cicak tokek mereka sehinggalah tiba masa untuk membiakkan mereka. Sekiranya korang melihat mereka agresif dan berlawan sesame mereka, asingkan la mereka sebelum tercedera

Prose Mengawan
Untuk memastikan cicak tokek korang mengawan, pastikan induk yang korang pilih berada dalam keadaan sihat. Berikan makanan secukupnya terutamanya makanan yang mengandungi kalsium untuk memastikan pembentukan telur yang sempurna. Cicak tokek jantan akan mengeluarkan bunyi yang kuat bagi memikat cicak tokek betina. Klu nak dengar bunyinya dengar kat sini..Klik Sini. Korang juga boleh perhatikan tingkah laku sang jantan ni..kepalanya akan terhangguk-hangguk semasa proses memikat. Cicak tokek jantan kemudiannya akan memanjat bahagian atas cicak tokek betina, menggigit leher, dan berlakulah proses mengawan. Mesti korang dah biasa tengok cicak kat umah korang mengawan..sama camtu la.

Proses Bertelur
Cicak tokek betina biasanya hanya bertelur sebanyak dua biji. Telur-telur itu akan melekat dan jangan sesekali korang pisahkan telur tu kerana ini boleh merosakkan telur. Biasanya mereka akan bertelur kat tempat yang sama dan cicak tokek betina boleh bertelur 3 hingga 4 biji setahun.



Proses Mengeram Telur
Suhu yang paling sesuai antara 80 hingga 86 darjah celcius. Telur-telur sepatutnya menetas dalam 90-120 hari. Suhu lebih rendah boleh mengakibatkan tempoh pengeraman lebih panjang, sehingga 200 hari. Suhu juga boleh menentukan jantina anak cicak tokek. Suhu yang lebih tinggi menyebabkan peratusan untuk mendapat anak cicak tokek jantan adalah tinggi.



Membesarkan Anak Cicak Tokek
Cicak tokek biasanya berukuran 2 hingga 3 inci semasa baru menentas. Perkara pertama yang akan mereka buat ialah bersalin kulit dan makan kulit lama. Mereka seharusnya dikekalkan bersama, tetapi pisahkan mereka apabila dewasa. Beri makan mereka cengkerik bersaiz kecil sehingga mereka cukup besar untuk memakan cengkerik bersaiz besar. Satu peraturan yang perlu diingati ialah jangan memberi makan makanan yang sama besar atau lebih besar daripada kepala mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: