Sunday, October 31, 2010

Cerita Sazzy hamil


SAZZY FALAK


KETIKA kawan-kawannya, Ashraf Sinclair, Dynas Mokhtar serta Aisyah Sinclair masing-masing sudah menimang cahaya mata sendiri, ramai yang tertanya-tanya bilakah pengacara dan pelakon comel, Sazzy Falak akan bergelar ibu.

Agak-agaknya, adakah 'sindrom' kehamilan sudah berjangkit atau belum ke perut Sazzy memandangkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, jarang benar Diva terserempak dengan Sazzy. Itu sangka Diva. Hendak dijadikan cerita, seorang kenalan Diva, yang suka melepak di kedai kopi sudah terdengar satu berita pasal isteri Nazril Idrus itu.

"Va, aku dengar Sazzy sekarang sedang hamil. Pasti anaknya nanti comel macam maknya juga kan. Kalau setakat cerita dalam Internet aku tak hairan, ini cerita yang keluar daripada mulut Sazzy sendiri. Lagi satu, sejak mengandung, doktor dah nasihat Sazzy supaya jangan ambil tawaran kerja yang berat-berat. Manja-manja bolehlah," beria-ria beritahunya kepada Diva.

Sudah berapa bulan usia kandungan Sazzy tidaklah Diva mahu menyibuk, tunggulah tuan punya perut yang buat pengumuman. Diva ucapkan tahniah dan doa yang baik-baik untuk Sazzy dan Nazril.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: