Wednesday, September 29, 2010

Pengedar pasport palsu ditahan


MOHAMED YUSOFF (tengah) dan dua pegawai Imigresen menunjukkan pasport dan dokumen yang dirampas daripada tiga orang suspek di sekitar Lembah Klang di Pusat Bandar Damansara semalam.


KUALA LUMPUR – Tindakan tiga lelaki yang menjalankan aktiviti pengedaran pasport palsu di sekitar Lembah Klang tumpas apabila mereka dicekup pihak berkuasa kelmarin.

Dua daripada suspek yang berusia antara 23 hingga 37 tahun itu ditahan di sebuah premis dua tingkat yang menjual arak manakala seorang lagi ditahan di sebuah kedai gunting di Cheras.

Difahamkan, selain pasport, suspek terbabit turut melakukan penipuan melibatkan beberapa dokumen seperti laporan perubatan, penipuan cek serta mencetak kad pemegang Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Timbalan Pengarah Imigresen I, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan berkata, tangkapan dilakukan selepas pihaknya melakukan intipan selama dua minggu di lokasi berkenaan setelah menerima maklumat daripada seorang pengadu.

“Dalam operasi itu, kita menemui 22 keping pasport palsu yang 16 daripadanya merupakan pasport negara India manakala selebihnya pasport Indonesia.

“Kita percaya kumpulan itu turut mencetak kad UNHCR bagi tujuan tertentu dan kesemua dokumen tersebut dijual di pasaran gelap dengan harga RM1,500 hingga RM2,000 sekeping,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: